Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua individu yang terperangkap dalam gua Thai diselamatkan

Jul 10, 2018 | 09:37 PM



CHIANG RAI: Pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan baki individu yang terperangkap dalam sebuah gua yang dipenuhi air di bahagian utara Thailand hari ini (10 Julai).



Ini menyusuli dua operasi yang berhasil membawa keluar lapan individu dari gua itu semalam dan kelmarin.



Menerusi operasi hari ini, empat remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka akhirnya dapat keluar dari gua Tham Luang di Chiang Rai itu selepas terperangkap sejak lebih dua minggu lalu, menurut akhbar The Straits Times.



Sejurus selepas individu terakhir dibawa keluar dari gua tersebut, unit Seal Tentera Laut Thai memuat naik kenyataan di laman Facebook mereka:



“Kami tidak pasti sama ada ini satu keajaiban, sains atau apa. Kesemua 13 anggota 'Wild Boars' itu kini sudah berjaya keluar dari gua itu.”



Seramai 13 anggota pasukan bola sepak itu - 12 budak lelaki berusia antara 11 dengan 16 tahun dan jurulatih mereka yang berusia 25 tahun - terperangkap dalam gua tersebut sejak 23 Jun lalu.



Difahamkan, mereka telah memasuki gua itu tetapi terperangkap di dalamnya apabila mereka cuba berlindung di kawasan lebih tinggi selepas hujan lebat menyebabkan paras air dalam gua itu naik secara tiba-tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >