Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua masjid dan surau di Kelantan diarah tutup, kecuali 17

Apr 21, 2021 | 12:00 PM



KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Kelantan ditutup bermula Rabu (21 April) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan nanti.


Ini menyusuli peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut, lapor media tempatan.


Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, solat Jumaat, solat fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu.


Bagaimanapun, solat fardu, solat Jumaat dan tarawih di 17 masjid negeri, bandar dan jajahan masih dibenarkan dibuka dengan penggunaan 50 peratus daripada kapasiti sesebuah masjid atau surau selain perlu mematuhi jarak selamat dua meter.


“Perkara ini mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama negeri mengikut peruntukan Perkara 6(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.


“Aktiviti-aktiviti lain seperti tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (20 April). - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >