Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua parti Kerajaan Perpaduan tak layan cubaan sabotaj kerajaan: Anwar

May 15, 2023 | 03:31 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan.


Beliau berkata ketika awal pertukaran kerajaan, bermacam-macam percubaan mahu menggagalkannya termasuk menerusi perakuan sumpah (SD) dan sebagainya.


“Saya lebih yakin, sebagaimana kita lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan (Ahad), yang telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh.


“Pada peringkat awal saya ambil itu, macam-macam percubaan, SD dan sebagainya dan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan.


“Tetapi apabila beberapa bulan berlalu, nampak lebih kemas. Dalam sistem politik demokrasi, siapa pun boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah.


“Ketua parti baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), parti besar bagi komitmen yang sangat jelas.


“Pengukuhan menerusi perhimpunan pada Ahad jelas bahawa sekurang-kurangnya untuk bertahun akan datang ini, tidak ada lagi layanan terhadap percubaan untuk sabotaj kerajaan yang ada,” katanya semasa majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >