Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Semua tapak perkhemahan, lokasi berisiko tinggi serata M'sia diarah tutup

Arahan tutup 7 hari berkuat kuasa serta-merta susuli ramalan hujan berterusan; elak kejadian di Batang Kali
Dec 18, 2022 | 05:42 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta.



Ini menyusuli bencana tanah runtuh yang berlaku sekitar 2 pagi kelmarin yang meragut lebih 20 nyawa berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor.



Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari dijangka berlaku esok.



"Saya tidak mahu lihat lagi kejadian seperti ini berulang. Semua tapak perkhemahan di tepi sungai, air terjun dan lereng bukit yang berbahaya akan dikosongkan selama tujuh hari sehingga kerajaan keluarkan arahan baru," katanya.



Kata Encik Nga, tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.



Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Encik Mohd Hasry Nor Mohd, berkata sebanyak 25 notis penutupan sementara dikeluarkan ke atas pengusaha tapak perkhemahan berisiko yang terletak berhampiran kawasan cerun dan sungai di Hulu Selangor.



Encik Mohd Hasry mengakui kebanyakan tapak berkenaan beroperasi secara haram, selain memaklumkan pengusaha terbabit sedang menjalani proses pemutihan.



"Kita dalam proses memutihkan semua pusat inap dusun untuk dilesenkan mengikut keperluan prosedur operasi standard (SOP) pelesenan," katanya pada sidang media di sini, semalam.



Di Johor pula, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman, berkata Taman Eko Rimba, taman eko, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri itu ditutup kepada orang awam mulai hari ini.



"Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (pemakaian) 1985 negeri Johor," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) semalam.



Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) turut menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi termasuk lereng bukit serta air terjun berkuat kuasa serta-merta.



Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada membabitkan negeri di Pantai Timur dan bahagian tengah Perak serta Utara Semenanjung mulai semalam hingga Selasa depan.



Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, disambung semula pagi semalam.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata ia tertumpu kepada dua daripada tiga sektor kawasan pencarian membabitkan sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).



Berdasarkan Laporan Petugas Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) pagi semalam, identiti enam mangsa korban telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cetakan cap jari.



Proses bedah siasat yang lain masih dijalankan. - BHM, Utusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >