Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Senator AS tidak ragu Putera Mahkota Saudi terlibat dalam pembunuhan Khashoggi

Dec 6, 2018 | 5:30 AM
PERKEMBANGAN TERBARU: Senator Republikan, Encik Bob Corker, dikerumuni wartawan selepas taklimat oleh CIA berkaitan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. - Foto AFP
PERKEMBANGAN TERBARU: Senator Republikan, Encik Bob Corker, dikerumuni wartawan selepas taklimat oleh CIA berkaitan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. - Foto AFP -

WASHINGTON: Dua senator utama parti Republikan Amerika Syarikat kelmarin berkata selepas satu taklimat oleh pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa mereka "tidak mempunyai sembarang" keraguan yang Putera Mahkota Arab Saudi mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Kenyataan baru yang menggemparkan oleh anggota parti Presiden Donald Trump itu bertentangan dengan naratif Rumah Putih yang meremehkan kemungkinan ada hubungan antara Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga dikenali sebagai MBS, dengan pembunuhan Encik Khashoggi, seorang pengkritik Arab Saudi, di konsulat kerajaan itu di Istanbul, Turkey, pada 2 Oktober lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg