Topik diikuti
Pergi ke BHkuSengaja bakar hutan: Bekas ahli bomba California dijel lima tahun

Sengaja bakar hutan: Bekas ahli bomba California dijel lima tahun
LOS ANGELES: Seorang bekas ahli bomba California dipenjara semalam kerana sengaja memulakan puluhan kebakaran hutan akibat bosan dan mahu mendapat wang tambahan.
Benjamim Cunha (gambar), 33 tahun, dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana membakar dan diarah membayar AS$246,832 ($347,045) kepada Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran (Cal Fire) California.
