Premium
Seni di Syria rancak semula lepas ISIS undur
Aug 24, 2019 | 5:30 AM
BANGGA DENGAN HASIL KARYA: Pelukis Amal al-Attar melihat hasil karyanya yang dipamerkan di pameran yang berlangsung di pusat budaya, yang buat pertama kali dibuka selepas pemerintahan kumpulan ISIS di berakhir di Raqa. - Foto AFP -
RAQA (Syria): Lebih setahun selepas kumpulan ISIS melarikan diri, kanak-kanak dan remaja Syria kembali beraksi di pentas - melompat-lompat bersama ritma dram di bandar utara Raqa.
Mulanya, apabila pusat budaya dibuka sejak pemerintahan drakonian ISIS berakhir, cahaya matahari melimpahi perpustakaan baru dengan buku disusun di tembok yang masih berbau cat.

