Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seniman dan Karyawan desak polis percepat siasat video Zamani

Jan 23, 2015 | 06:23 PM



KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mendesak pihak polis menyegerakan siasatan terhadap penyebaran klip video pendek yang memperlihatkan vokalis kumpulan popular 1990- an, Zamani, disuruh menyanyi dalam keadaan tangannya bergari.


Presiden Seniman, Zed Zaidi, berkata umum mengetahui bahawa pihak berkuasa tertakluk kepada etika dan disiplin yang tinggi dan ketat. Namun, apabila video tersebut disebarkan, integriti pihak itu mula dipertikaikan, lapor Utusan Malaysia hari ini, Jumaat.


"Diharap, siasatan terhadap kes ini disegerakan. Bukan setakat golongan artis, bahkan imej pihak berkuasa juga sama tercemar dengan penyebaran video yang mengaibkan vokalis tersebut.


"Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika masing-masing faham akan peranan sendiri. Apabila ini berlaku, imej artis diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab," kata Zed.


Tambah pelakon itu, menjadi tanggungjawab Seniman menjaga kebajikan ahlinya dan memperjuangkan hak mereka andai "diceroboh".


Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, pula berkata seharusnya perkara ini tidak berlaku memandangkan penyanyi berusia 43 tahun itu berada dalam tahanan pihak berkuasa yang memperuntukkan jaminan keselamatan terbaik.


"Memang tidak patut berlaku kalau kita lihat dia dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi.


"Saya rasa mungkin dia sendiri dalam keadaan terpaksa memandangkan tidak mahu menghadapi sebarang akibat kalau dia enggan menyanyi.


"Melihat pada bantahan orang ramai sehingga menyebabkan video itu menjadi viral, saya pasti akan ada tindakan susulan kepada penyebar video berkenaan," katanya.


Rakan artis, Shah Slam, ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau sentiasa menyokong kerjaya seni sahabatnya itu.


"Biarlah dia diperlakukan sebaik-baiknya mengikut perikemanusiaan, bukan dipermainkan seperti ini walaupun dia membuat silap," belanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >