Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seorang daripada 219 pelajar perempuan yang diculik Boko Haram ditemui

May 19, 2016 | 09:36 AM



KANO (Nigeria): Salah seorang daripada 219 pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram dari Chibok, di timur laut Nigeria, lebih dua tahun lalu telah dijumpai, tetapi enam daripada mereka dilaporkan telah meninggal dunia.



Amina Ali ditemui pada Selasa (17 Mei) di kawasan Hutan Sambisa negeri Borno oleh anggota pasukan pengawas awam yang membantu tentera dan dibawa balik ke kampung halamannya, Mbalala, dekat Chibok.



"Dia bertemu ibu bapanya, yang mengakui anak perempuan mereka itu, sebelum dia dibawa ke pangkalan tentera di Damboa," kata Encik Ayuba Alamson, seorang pemimpin masyarakat di Chibok, pada Rabu.



Tentera Nigeria mengesahkan bahawa seorang pelajar Chibok telah dijumpai.



Bagaimana dia ditemui belum disahkan secara rasmi. Aktivis berkata pelajar perempuan itu, yang dikatakan hamil, dikenal oleh seorang anggota militia berhampiran sempadan dengan Cameroon, lapor akhbar The Independent.



Remaja itu kelihatan telah melahirkan anak ketika berada dalam kurungan.



"Dia mendukung seorang bayi tetapi saya tidak tahu lelaki atau perempuan," kata Encik Lawan Zannah, setiausaha persatuan ibu bapa pelajar perempuan Chibok yang hilang itu.



Amina berusia 17 tahun semasa diculik.



Encik Tsambido Hosea Abana, seorang pemimpin masyarakat Chibok di ibu negara Abuja, daripada kumpulan pendesak Bawa Balik Remaja Perempuan Kami, berkata: "Dia berkata... semua budak perempuan Chibok itu masih ada di Sambisa kecuali enam yang telah meninggal dunia."



Boko Haram menculik 276 pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Pemerintah di Chibok pada malam 14 April 2014. Lima puluh tujuh berjaya melarikan diri.



Tiada khabar didengar mengenai 219 pelajar itu sejak satu video diterbitkan oleh kumpulan tersebut pada Mei 2014 sehingga satu mesej dihantar kepada pemerintah Nigeria awal tahun ini untuk menunjukkan bukti mereka masih hidup.



Penculikan itu mencetuskan kemarahan di seluruh dunia dan membawa perhatian global kepada pemberontakan Boko Haram, yang telah membunuh sekurang-kurangnya 20,000 orang dan membuat lebih 2.6 juta orang kehilangan tempat tinggal sejak 2009. - AFP, Reuter




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >