Seorang lagi pegawai kementerian M'sia ditahan dalam kes gelapkan $34j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang lagi pegawai kementerian M'sia ditahan dalam kes gelapkan $34j

Mar 24, 2016 | 12:30 PM

Seorang lagi pegawai kementerian M'sia ditahan dalam kes gelapkan $34j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki (atas), berkata dua suspek terbaru ditahan di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil untuk kenyataan mereka direkodkan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki (atas), berkata dua suspek terbaru ditahan di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil untuk kenyataan mereka direkodkan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan seorang pengarah syarikat menjadi suspek terbaru yang ditahan dalam kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta ($34 juta).

Pengarah bagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki, berkata suspek berusia 41 dan 31 itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil untuk dirakam kenyataan mereka pada Rabu (23 Mac).

Beliau berkata kepada agensi berita Bernama bahawa sebelum ini, pegawai berusia 41 tahun itu bekerja di Kementerian Belia dan Sukan sebelum ditukarkan ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani sebulan lalu.

Menurutnya, suspek ditahan reman tujuh hari untuk siasatan.

Pada Jumaat lalu, SPRM menahan sembilan orang, termasuk seorang Setiausaha Bahagian Kementerian Belia dan Sukan, kerana didakwa menerima rasuah kira-kira RM20 juta rasuah.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu, bersama dengan lapan individu lain, termasuk seorang wanita, ditahan oleh SPRM kerana disyaki mendalangi sindiket menggelapkan dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Datuk Azam berkata reman suspek dalang utama itu dan tujuh suspek lain akan dilanjutkan selepas tempoh penahanan mereka berakhir pada Khamis.

Suspek wanita itu pula akan dibebaskan dengan ikat jamin. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg