Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang maut dan 46 rumah musnah dalam kebakaran belukar di Perth

Jan 13, 2014 | 4:18 PM
API MARAK: Gambar yang dipetik semalam dan dikongsi oleh Jabatan Khidmat Bomba dan Kecemasan Australia (DFES) menunjukkan para anggota bomba berusaha mengekang api daripada merebak di kawasan Stoneville, di pinggir timur Perth, Australia Barat. Sejauh ini seorang maut dan empat lagi hilang dan 46 rumah musnah. - Foto
API MARAK: Gambar yang dipetik semalam dan dikongsi oleh Jabatan Khidmat Bomba dan Kecemasan Australia (DFES) menunjukkan para anggota bomba berusaha mengekang api daripada merebak di kawasan Stoneville, di pinggir timur Perth, Australia Barat. Sejauh ini seorang maut dan empat lagi hilang dan 46 rumah musnah. - Foto -

SYDNEY: Seorang lelaki terkorban manakala empat orang lagi masih hilang setelah api belukar yang merebak cepat memusnahkan sekurang-kurangnya 46 rumah di Perth, di barat Australia, menurut jurucakap kerajaan itu hari ini.

Kebakaran dipercayai bermula apabila sebatang tiang elektrik tumbang di kawasan hutan di luar bandar semalam.

Api kemudian ditiup angin panas yang kencang sehingga setinggi 20 meter dan memusnahkan kawasan perumahan di sekitarnya.

Jabatan khidmat bomba dan kecemasan Australia Barat mengesahkan 46 rumah musnah dan memberi amaran sekitar 30 peratus zon kebakaran masih belum dinilai.

Pesuruhjaya bomba Australia Barat, Encik Wayne Gregson, berkata sehingga hari ini, empat orang masih hilang dan mereka dikhuatiri menjadi "mangsa kebakaran."

"Kami akan terus mencari sehingga menemui orang-orang ini," kata Encik Gregson kepada wartawan, sambil menambah pihaknya bekerja keras bersama polis.

Awal sebelum itu, khidmat ambulans berkata seorang lelaki berusia 62 tahun, mati setelah rebah di bumbung rumahnya semasa bersiap sedia bagi menghadapi api.

Ratusan penduduk meninggalkan rumah mereka untuk ke pusat-pusat evakuasi sementara menantikan berita terkini. - Agensi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg