Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang penyerang Dhaka dikatakan pelajar varsiti swasta di M'sia

Jul 4, 2016 | 12:34 PM
Gambar Nibras Islam, salah seorang lelaki bersenjata Bangladesh yang menyerang sebuah kafe di Dhaka di mana 20 tebusan dibunuh dengan kejam pada 2 Julai.
Gambar Nibras Islam, salah seorang lelaki bersenjata Bangladesh yang menyerang sebuah kafe di Dhaka di mana 20 tebusan dibunuh dengan kejam pada 2 Julai. - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada tujuh militan yang menyerang sebuah kafe di Dhaka Jumaat lalu dilaporkan ialah seorang pelajar di Universiti Monash Malaysia.

Portal berita Indiatoday melaporkan pada Ahad (3 Jul) militan yang dikenali sebagai Nibras Islam itu daripada keluarga kaya dan belajar di university swasta tersebut.

Portal itu berkata akaun media sosial yang dikaitkan dengannya menunjukkan dia "Bendahari di Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa Universiti Monash".

Akhbar New Straits Times (NST) Malaysia berkata kesahihan laporan itu belum dapat disahkan.

Ia memetik sumber dalaman polis Malaysia sebagai berkata Bahagian Menentang Pengganasan Cawangan Khas sedang menyiasat apakah penyerang itu pernah belajar di Malaysia.

"Kami tidak pernah mendengar nama 'Nibras Islam', tetapi kami akan semak dengan pihak pengurusan universiti apakah dakwaan itu benar," beliau dipetik sebagai berkata oleh NST.

Akhbar itu juga melaporkan polis telah memantau pelajar asing berkaitan syak wasangka pelibatan mereka dalam kumpulan pengganas seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Memetik sumber, laporan itu berkata beberapa pelajar, termasuk dari Bangladesh, telah dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

"Ada orang asing memasuki Malaysia sebagai pelajar sebelum berlepas ke Syria," sumber itu dipetik sebagai berkata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg