Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sepanyol catat jumlah kematian terendah harian

May 10, 2020 | 9:30 PM
CABARAN KEHIDUPAN: Seorang wanita menikmati keindahan suasana bersama-sama anjing peliharaanya di kawasan Istana Diraja pada 10 Mei lalu, ketika tempoh yang dibenarkan pemerintah negara itu untuk warga keluar bersenam, di tengah-tengah perintah berkurung bagi membendung penyakit Covid-19.
CABARAN KEHIDUPAN: Seorang wanita menikmati keindahan suasana bersama-sama anjing peliharaanya di kawasan Istana Diraja pada 10 Mei lalu, ketika tempoh yang dibenarkan pemerintah negara itu untuk warga keluar bersenam, di tengah-tengah perintah berkurung bagi membendung penyakit Covid-19. - - Foto: AFP

MADRID: Sepanyol mencatatkan jumlah kematian koronavirus harian terendah sejak pertengahan Mac hari ini, sedang separuh penduduk bersedia menghadapi kelonggaran perintah berkurung yang antara paling ketat di Eropah.

Ketua Kesihatan Kecemasan, Encik Fernando Simon, dalam sidang media mengatakan, jumlah kematian harian adalah seramai 143 orang, lebih rendah berbanding 179 kelmarin, angka terendah sejak 18 Mac lalu

"Kami meneruskan trend menurun yang dilaporkan dalam beberapa hari terakhir," katanya.

Keseluruhan kematian meningkat kepada 26,621 dari 26,478 yang direkodkan kelmarin dan jumlah kes koronavirus yang disahkan telah meningkat kepada 224,390 daripada 223,578 sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 51 peratus penduduk akan maju ke Tahap 1 mengikut pelan pelonggaran empat langkah bermula esok setelah pemerintah memutuskan wilayah di mana mereka tinggal memenuhi kriteria yang diperlukan.

Ini akan mencakup langkah-langkah pelonggaran yang cukup besar yang memungkinkan perhimpunan hingga 10 orang dan membolehkan orang bergerak di sekitar wilayah mereka. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg