Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Separuh pantai di dunia dijangka lenyap menjelang 2100

Mar 3, 2020 | 9:25 AM
Para pengunjung kelihatan di Pandai Bondi di Sydney, Australia, yang menyaksikan suhu cuaca melambung Disember lalu. Pantai-pantai di Australia dijangka terjejas teruk oleh perubahan iklim dan para air laut terus meningkat.
Para pengunjung kelihatan di Pandai Bondi di Sydney, Australia, yang menyaksikan suhu cuaca melambung Disember lalu. Pantai-pantai di Australia dijangka terjejas teruk oleh perubahan iklim dan para air laut terus meningkat. - AFP

PARIS - Perubahan iklim dan kenaikan paras air laut dijangka melenyapkan separuh daripada pantai di dunia, menjelang 2100.

Para penyelidik memberi amaran dalam jurnal Perubahan Iklim Alam Semula jadi, bahawa walaupun pencemaran bahan api fosil yang menyebabkan penghangatan global dikurangkan dengan mendadak, lebih sepertiga daripada pantai akan lenyap.

Australia dijangka paling teruk terjejas, menurut dapatan itu, dengan hampir 15,000 kilometer persisiran pantai putih akan musnah dalam masa 80 tahun.

Ini disusuli Canada, Chile dan Amerika Syarikat. 10 negara yang turut dijangka kehilangan pantai mereka termasuk Mexico, China, Rusia, Argentina, India dan Brazil. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg