Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

"Macam filem Hollywood...": singkap mangsa bencana terowong Himalaya yang terselamat

Feb 08, 2021 | 10:53 PM



TAPOVAN: Desiran air yang menenangkan berubah menjadi bak bunyi air terjun yang deras dan 'mengganas' sehingga memerangkap sekitar 12 lelaki dalam terowong Himalaya selepas glasier merekah di kawasan utara India.



Namun, di sebalik peristiwa ngeri ini, Encik Rajesh Kumar, terselamat bagi menceritakan pengalaman menggerunkan itu. 



Sekitar 18 orang disahkan mati pada Isnin (8 Februari). Sekurang-kurangnya 200 yang lain hilang selepas glasier itu merekah dan terpisah daripada pinggir gunung sehingga timbul banjir kilat menerusi lembah di Uttarakhand.



Air bah berkumpul di kompleks hidro berdekatan di mana Encik Kumar dan rakan sekerjanya sedang gigih bertugas sedalam 300 meter terowong berkenaan. 



"Kami tidak sangka kami terselamat," kata lelaki berusia 28 tahun itu kepada AFP ketika ditemui di katil hospitalnya.



Beliau menambah:



"Tiba-tiba bunyi desiran air kedengaran...ada siulan orang, ada yang terpekik. Ada yang meminta kami agar keluar daripada terowong itu. Kami sangka ada kebakaran. Kami mula berlari tetapi air deras pula mendatang menghampiri kami. Terasa macam dalam filem Hollywood."



Encik Kumar dan rakan-rakannya berpaut pada batang perancah selama empat jam lamanya, memastikan kepala mereka berada atas paras air dan debu, memberi keyakinan kepada satu sama lain.



Menurutnya, mereka saling memberi galakan agar tidak melepaskan batang perancah itu daripada genggaman.



Apabila air banjir mula menuruni lurah itu, paras air pun menurun di dalam terowong. Akhirnya, kelihatan sekitar 1.5 meter debu dan gumpalan lumpur berkumpul di situ.



"Kami memanjat batu-batan berdebu dan memaksa diri kami keluar daripada mulut terowong itu," kata Encik Kumar.



Mereka menemui lubang kecil di situ tetapi tidak tahu ke mana arah tujunya selepas itu.



"Kami hanya rasakan udara bertiup melalui lubang itu," jelasnya



Akhirnya, mereka ternampak cahaya menembusi terowong itu. Salah seorang teman Encik Kumar mendapat isyarat telefon dan mendapatkan bantuan penyelamat dengan menghubungi nombor pasukan penyelamat.



Kelihatan babak emosi sedang Encik Kumar dan rakan kerjanya ditarik keluar daripada lubang kecil di permukaan itu.



Sesetengah pekerja yang diselamatkan tampak gembira melihat cahaya mentari. Ada yang terbaring atas pengusung dibawa ke hospital. Seorang lelaki pula melepaskan tangannya ke udara bak satu tanda pembebasan daripada musibah berkenaan. Namun, beliau terjatuh pula dengan wajahnya mencecah bumi berlumpur.



Mereka terperangkap dalam terowong yang dibenam air banjir selama empat jam tetapi secara tidak diduga mampu menyelamatkan diri dengan hanya kecederaan kecil.



Glasier ini merekah sedang kompleks tenaga kuasa masih beroperasi sepenuhnya. Masih ada pekerja loji tenaga yang hilang. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >