Topik diikuti
Pergi ke BHkuSerangan bom masuk hari kedua di Aleppo
Serangan bom masuk hari kedua di Aleppo
Puluhan warga Syria maut selepas rundingan damai gagal capai kata sepakat
Serangan bom masuk hari kedua di Aleppo
Feb 4, 2014 | 6:00 AM
DAMSYIK: Tentera Syria menyerang bandar Aleppo dengan ledakan bom dan serangan udara buat hari kedua berturut-turut kelmarin, menyebabkan puluhan orang maut dalam masa 48 jam, kata sebuah badan pengawas selepas rundingan damai negara itu tamat tanpa sebarang kesimpulan.
Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam serangan di bandar kedua terbesar di Syria kelmarin, kata kumpulan Syrian Observatory for Human Rights, selepas melaporkan 85 kematian dalam serangan pada hari sebelumnya.
