Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan di bank Kentucky: Video polis tunjuk polis ditembak suspek

Apr 12, 2023 | 8:27 PM
PERINGATAN: Pihak awam menulis ucapan takziah kepada mangsa insiden tembak-menembak di sebuah bank di Louisville, Kentucky.
PERINGATAN: Pihak awam menulis ucapan takziah kepada mangsa insiden tembak-menembak di sebuah bank di Louisville, Kentucky. - REUTERS

LOUISVILLE: Polis di Louisville, Kentucky telah menerbitkan video yang dirakam menggunakan kamera di badan pegawainya, untuk menunjukkan adengan tembak-menembak yang berlaku antara polis dengan seorang banker.

Lima orang terbunuh dalam insiden itu .

Video tersebut menunjukkan dua pegawai polis ditembak sedang mereka menghampiri penembak dalam serangan pada Isnin itu.

Seorang pegawai ditembak di kepala, sementara seorang lagi hanya dicalar peluru dan berjaya membunuh penembak itu.

Timbalan Ketua Polis, Paul Humphrey berkata video itu menunjukkan pegawai bertindak dengan berani untuk menyelamatkan nyawa.

Empat orang, termasuk seorang pegawai polis ditembak di kepala dan masih dirawat di hospital.

Polis berkata suspek berusia 25 tahun itu menggunakan senapang separa-automatik AR-15 yang dibelinya secara sah semasa serangan itu.

Dia juga menstrim serangan itu secara langsung ke internet. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg