Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan di FedEx Indianapolis: Penembak pernah ditahan kerana sakit mental

Apr 17, 2021 | 01:30 PM



INDIANAPOLIS: Seorang penembak berusia 19 tahun yang telah membunuh lapan pekerja termasuk dirinya di pusat FedEx Indianapolis merupakan bekas kakitangan pusat khidmat kiriman barangan itu.



Remaja itu ditahan kerana masalah psikiatrik tahun lalu menyusuli keprihatinan ibunya yang bimbang dia akan membunuh diri dengan bertindak ganas bagi mendapatkan perhatian polis dan pihak berkuasa, kata polis dan FBI kepada agensi berita Reuters.



Empat anggota masyarakat Sikh - tiga wanita dan seorang lelaki - adalah antara yang ditemui mati pada Khamis malam  (15 April) selepas serangan tembakan dengan amukan berlaku, jelas seorang pemimpin masyarakat Sikh yang mewakili keluarga mangsa yang terbunuh.



Pihak berkuasa bagaimanapun berkata mereka tidak dapat mengesahkan sama ada pembunuhan itu berbaur perkauman atau kebencian terhadap sesebuah kaum. Namun, sebuah kumpulan penyokong hak asasi sivil masyarakat Sikh telah dipanggil bagi siasatan polis di atas kemungkinan wujud unsur kebencian kaum dalam jenayah ini.



Kejadian itu adalah yang terkini berlaku dan merupakan antara tujuh kejadian tembakan awam besar-besaran di Amerika Syarikat yang berlaku sepanjang sebulan lalu. Ia berlaku di pusat operasi FedEx berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis selepas 11 malam waktu tempatan, tambah polis.



Ia berlaku hanya beberapa minit sahaja dan tamat selepas polis bertindak, ujar Timbalan Ketua Jabatan Polis Indianapolis, Craig McCartt, dalam satu taklimat media pada Jumaat (16 April).



Saksi kejadian menyifatkan serangan itu sebagai huru-hara apabila si penembak menyerang dengan senapangnya di tempat meletak kereta sebelum memasuki kawasan bangunan dan terus menembak. Mangsa serangan terbiar di dalam dan luar bangunan.



Pegawai polis kemudian menemui remaja yang disyaki dan dikenali sebagai Brandon Hole itu mati dengan kesan tembakan senapangnya sendiri. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >