Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan di pasar Berlin, ISIS mengaku bertanggungjawab

Dec 21, 2016 | 4:32 PM
MERATAPI KEHILANGAN: Seorang wanita membacakan doa berdekatan tempat di mana sebuah trak merempuh pasar Krismas yang sesak dengan orang ramai di ibu kota Jerman itu. - Foto REUTERS
MERATAPI KEHILANGAN: Seorang wanita membacakan doa berdekatan tempat di mana sebuah trak merempuh pasar Krismas yang sesak dengan orang ramai di ibu kota Jerman itu. - Foto REUTERS -

BERLIN (Jerman): Kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di pasar Krismas di Berlin pada Isnin lalu, sedang para penyiasat Jerman kini memburu dalang serangan itu.

Pengakuan yang dibuat ISIS itu timbul di penghujung hari sewaktu pihak berkuasa Jerman giat mencari orang atau kumpulan yang bertanggungjawab atas kejaian yang mengorbankan 12 orang dan lebih 50 cedera.

Pengakuan ISIS itu dimuatnaikkan di laman Amaq semalam.

"Seorang askar Negara Islam telah menjalankan operasi di Berlin sebagai respons terhadap rayuan agar disasarkan warga negara-negara sekutu," kata ISIS dalam kenyataannya itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan identiti penyerang.

Kenyataan ISI itu disiarkan selepas pihak berkuasa Jerman membebaskan seorang pencari suaka politik dari Pakistan yang pada awalnya ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut polis Jerman, mereka tidak mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan lelaki berusia 23 tahun itu dalam serangan berdarah itu.

Dalam pada itu, Canselor Jerman, Angela Merkel, semalam menyatakan bahawa insiden yang berlaku adalah serangan pengganas.

Gerakan memburu suspek masih lagi dilancarkan.

Sementara itu, seramai 24 mangsa yang cedera dalam kejadian serangan itu telah dibenarkan keluar daripada hospital selepas mendapatkan rawatan. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg