Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan dron di prasarana minyak Saudi, jejas kapasiti keluaran minyak negara itu

Sep 15, 2019 | 01:46 PM



RIYADH - Kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran telah menyerang dua prasarana minyak yang menjadi pusat industri minyak Arab Saudi pada Sabtu (14 September).



Serangan itu telah menjejas lebih separuh daripada jumlah keluaran minyak kerajaan tersebut, selain berpotensi menyebabkan harga minyak melambung tinggi dan meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.



Serangan itu akan mengurangkan jumlah keluaran minyak kerajaan Saudi sebanyak 5.7 juta tong sehari, menurut kenyataan dari syarikat minyak yang diuruskan oleh kerajaan Saudi, Saudi Aramco.



Jumlah ini adalah lebih daripada 5 peratus bekalan minyak global.



Serangan sebelum subuh di wilayah Abqaiq dan Khurais itu mengikuti serangan merentas sempadan sebelum ini, ke atas kawasan yang mempunyai prasarana minyak Saudi dan kapal tangki minyak di perairan Teluk, namun serangan ini adalah yang paling dasyat, yang telah menyebabkan kapasiti pengeluaran negara terjejas buat sementara. 



Arab Saudi adalah pengeksport minyak terbesar di dunia, dengan membekal lebih daripada tujuh juta tong minyak ke destinasi global setiap hari, dan selama bertahun-tahun telah berkhidmat sebagai pembekal minyak ke pasaran, walaupun ia merupakan pembekal minyak pilihan terakhir bagi banyak negara.



Ketua de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melalui telefon bahawa Riyadh mempunyai keinginan dan kemampuan "untuk menghadapi dan menangani pencerobohan pengganas", menurut agensi berita rasmi negara itu, SPA.



AS mengutuk keras serangan itu, dan Encik Trump telah memberitahu Putera Mahkota bahawa Washington bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Saudi untuk menjamin keselamatan negara tersebut, menurut Rumah Putih.



Jabatan Tenaga AS juga berkata ia bersedia untuk mengeluarkan minyak dari rizab petroleum strategiknya, jika perlu. 



Malah, Setiausaha Tenaga AS, Rick Perry juga berkata, jika satu tindakan sejagat diperlukan, jabatannya akan bekerjasama dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), yang menyelaraskan dasar tenaga negara-negara berindustri.



Arab Saudi, yang mengetuai pakatan Sunni Muslim, yang telah mencampur tangan di Yaman pada 2015 untuk menentang kumpulan Houthis, telah menuduh saingan serantaunya, Iran, atas serangan sebelum ini, satu tuduhan yang dinafikan oleh Teheran. 



Riyadh turut menuduh Iran menyediakan bekalan senjata kepada kumpulan Houthi, juga satu tuduhan yang ditolak oleh kumpulan tersebut dan Teheran.



Jurucakap pakatan tersebut, Kolonel Turki al-Malki berkata satu siasatan telah dilancarkan untuk mencari tahu siapa yang merancang dan melaksanakan serangan itu.



Beliau berkata pakatan yang menyokong Barat akan menentang ancaman terhadap keselamatan tenaga global dan kestabilan ekonomi.



Ketua eksekutif syarikat Aramco, Encik Amin Nasser, berkata tiada sesiapa yang tercedera atau terkorban dalam serangan pada Sabtu.



Menteri Tenaga Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman berkata syarikat Aramco akan mempunyai lebih banyak maklumat dalam masa 48 jam, dan ia akan menggunakan minyak dalam simpanan negara untuk meringankan kerugian yang dialami negara itu, menurut laporan Reuters. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >