SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Serangan ikan jerung di Australia tingkat kebimbangan pelancong

Serangan ikan jerung di Australia tingkat kebimbangan pelancong

Oct 30, 2019 | 4:51 PM

Serangan ikan jerung di Australia tingkat kebimbangan pelancong

PELANCONG BIMBANG: Serangan ikan jerung di sekitar Kepulauan Whitsunday (gambar) telah meningkatkan kebimbangan pelancong yang mengunjungi pantai di sana. -Foto REUTERS.
PELANCONG BIMBANG: Serangan ikan jerung di sekitar Kepulauan Whitsunday (gambar) telah meningkatkan kebimbangan pelancong yang mengunjungi pantai di sana. -Foto REUTERS. -

SYDNEY - Pengusaha pelancongan mahu rondaan udara bagi mengesan ikan jerung diperkenalkan di Kepulauan Whitsunday, Australia, sebagai sebahagian daripada usaha menarik pelancong yang semakin berkurangan ekoran beberapa serangan ikan jerung di kawasan itu.

Seorang pelancong Inggeris sedang dirawat di hospital selepas kakinya digigit ikan jerung semalam (29 Oktober), manakala seorang lagi cedera di bahagian kaki dalam serangan yang serupa di kawasan menyelam popular itu.

Tahun lalu, terdapat beberapa serangan ikan jerung di perairan sekitar Whitsundays, kepulauan yang menarik ramai pelancong dari Australia mahupun dari luar negara.

Namun kejadian serangan jerung masih rendah berbanding berpuluh-puluh juta pengunjung di pantai itu saban tahun.

Misalnya, pada 2018, terdapat 27 serangan ikan jerung di perairan negara itu, menurut data yang dikumpulkan oleh Taman Haiwan Taronga di Sydney. -AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg