Premium
Serangan kejam ISIS di Aidilfitri ragut 90 jiwa
Serangan berani mati itu antara tragedi terburuk semasa sambutan Hari Raya
Jul 20, 2015 | 5:30 AM
KAWAH AKIBAT LETUPAN BOM KERETA: Penduduk dan pasukan keselamatan Iraq berhimpun di kawah berukuran kira-kira lima meter lebar dan dua meter dalam akibat letupan bom kereta di pasar di Khan Bani Saad, Baghdad, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Foto Reuters. -
BAGHDAD: Pasukan penyelamat di Khan Bani Saad, sebuah bandar di Iraq, sedang mencari mangsa di bangunan runtuh selepas sebutir bom kereta meledak di pasar yang sesak dan meragut nyawa sekurangkurangnya 90 orang termasuk 15 kanak-kanak.
Serangan berani mati oleh militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) itu adalah antara yang paling dahsyat sejak tahun lalu. Kali ini ia berlaku semasa sambutan Aidilfitri.

