Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan rebut kembali Raqqa di Syria daripada ISIS kian dekat: Amerika

Oct 26, 2016 | 10:22 AM



PARIS: Amerika Syarikat memberi bayangan paling kukuh pada Selasa (25 Okt) bahawa serangan merebut kembali bandar Raqqa di Syria daripada kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mungkin kian dekat, dengan berkata ia akan "bertindan" dengan serangan yang sedang dijalankan bagi merampas Mosul di Iraq.



Setiausaha Pertahanan Ash Carter, yang berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekutu Amerika di Paris, tidak mendedahkan masa bagi kempen Raqqa tetapi berkata persiapan berada di jalan yang betul.



"Ya, akan ada pertindanan (dalam kempen Mosul dan Raqqa) dan itu sebahagian daripada rancangan kami dan kami bersedia untuknya," kata Enccik Carter selepas perhimpunan 13 negara dalam gabungan memerangi ISIS yang diketuai Amerika.



Rakan sejawatannya dari Perancis, Menteri Pertahanan Jean-Yves Le Drian, juga berkata persiapan sedang mengikut jadual.



Mosul, bandar 1.5 juta orang, dan Raqqa, yang lebih kecil, dua kubu utama ISIS, dan menawan semula kedua-duanya akan menimpakan kekalahan penting ke atas kumpulan militan itu.



Para pegawai Amerika mengakui kempen Mosul boleh mengambil masa berminggu atau berbulan, sekali gus memberi perancang tentera masa jika mereka mahu dua kempen itu berjalan serentak.



Seperti di Mosul, di mana pertempuran pada hari kesembilan serangan masih di luar bandar itu sahaja, pertempuran bagi merebut Raqqa akan bermula jauh dari kawasan tengah, dan mungkin bergantung pada campuran pejuang Kurdi dan Arab.



Tentera Arab sendiri dijangka menjadi pihak yang akan merampas semula bandar itu, kata pegawai Amerika.



ISIS dijangka berubah menjadi pemberontakan lebih klasik apabila ia kehilangan wilayah terakhirnya di Iraq dan mungkin menyerang di luar negara, menyasarkan kepentingan Barat, para pegawai memberi amaran.



Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, berkata semasa berucap dalam mesyuarat itu bahawa serangan di Mosul boleh mencetuskan aliran keluar pejuang asing - satu kebimbangan bagi negara Eropah.



"Kita juga perlu berhati-hati akan pejuang asing yang pulang," kata Encik Hollande. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >