Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan terhadap loji nuklear Ukraine tingkatkan risiko bencana

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Risiko bencana di loji jana kuasa nuklear terbesar Eropah, meningkat setiap hari, kata Datuk Bandar Energodar, Encik Dmytro Orlov, selepas Ukraine dan Russia menyalahkan antara satu sama lain berhubung serangan terbaru di sekitar kawasan berkenaan.



Loji jana kuasa Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah antara yang terbesar dalam 15 loji nuklear milik Ukraine dan diduduki tentera Russia sejak Mac lalu, dengan Kyiv menuduh Moscow menempatkan ratusan askar serta senjata di situ bagi mengelak serangan.



Kawasan berkenaan bagaimanapun berdepan serangan berulang kali sejak beberapa minggu lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan berlaku malapetaka nuklear.



"Apa yang berlaku di sana adalah keganasan nuklear dan ia akan berakhir tanpa diduga pada bila-bila masa, risikonya meningkat setiap hari, ia bagaikan bom jangka," kata Encik Orlov.



Tambah beliau berkata, loji jana kuasa itu dibedil bom mortar setiap hari dan satu kesilapan kecil akan menyebabkan malapetaka yang akan menjejaskan kehidupan selama puluhan tahun.



"Keadaan semasa di sana amat teruk dan apa yang paling membimbangkan ialah tidak ada tanda bahawa serangan akan berkurangan," katanya.



Encik Orlov berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, Energodar, bandar yang menempatkan loji jana kuasa itu dibedil buat kali pertama, sekali gus mengundang keresahan kepada mereka yang berharap dapat berpindah segera.



Di tengah kebimbangan keselamatan itu, beliau memberi amaran bahawa mungkin tidak akan ada kakitangan mencukupi, hampir kesemuanya warga Ukraine, untuk mengendalikan loji jana kuasa berkenaan dalam tempoh terdekat.



Sementara itu, anggota pentadbiran dilantik Moscow, Encik Vladimir Rogov, berkata peluru berpandu hanya disasarkan ke arah kawasan berhampiran tebing sungai Dnipro dan dalam loji jana kuasa berkenaan.



Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada terdapat kemusnahan atau kemalangan jiwa.



Tentera Russia yang berusaha mara berhampiran Dnipro di selatan wilayah Kherson berdepan tekanan selepas jambatan strategik di situ dimusnahkan.



Wakil rakyat tempatan, Encik Sergiy Khlan, berkata pontun digunakan tentera Russia tidak dapat memenuhi keperluan mereka sehingga terpaksa memindahkan pusat arahan kerana bimbang terputus bekalan.



Kebimbangan di Zaporizhzhia mengingatkan kenangan pahit tragedi Chernobyl pada 1968, iaitu kemalangan nuklear terburuk dalam sejarah dunia yang menimpa Ukraine ketika masih menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.



Sementara itu, tentera Ukraine melaporkan bahawa Russia terus membedil lebih sedozen bandar di medan selatan - khususnya di kawasan Kherson, yang dikawal Russia tetapi di mana Ukraine telah mula menawan semula wilayahnya.



Sejak kebelakangan, Kyiv telah berkata ia merancang serangan balas untuk menawan semula Zaporizhzhia dan wilayah jiran Kherson, bahagian terbesar wilayah yang ditawan Russia selepas pencerobohan bermula pada 24 Februari.



Komand tentera Ukraine berkata askar Russia tidak berjaya menyerang kedudukan Ukraine berhampiran Avdiivka, yang, sejak 2014, telah menjadi salah satu pos tentera Ukraine berhampiran Donetsk.



Pakar ketenteraan Ukraine, Encik Oleg Zhdanov berkata, keadaan amat sukar di Avdiivka dan bandar berdekatan, seperti Pisky.



"Kami mempunyai kuasa artileri yang tidak mencukupi dan pasukan kami meminta lebih banyak sokongan untuk mempertahankan Pisky," katanya dalam video yang disiarkan dalam talian.



"Tetapi bandar itu pada dasarnya di bawah kawalan Ukraine," tambah beliau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >