Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan udara AS dekat timur Syria bunuh anggota militia disokong Iran

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Serangan udara Amerika Syarikat di bahagian timur Syria dekat sempadan dengan Iraq telah membunuh sekurang-kurangnya lima anggota militia yang disokong Iran, menurut satu laporan semalam.



"Sekurang-kurangnya lima anggota militia Iraq yang disokong Iran telah terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan yang dijalankan pesawat perang Amerika itu," menurut laporan Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain.



Pertubuhan itu bergantung pada rangkaian sumbernya di dalam Syria untuk mengumpulkan maklumat.



Menurut agensi berita kendalian negara Syria, Sana, seorang kanak-kanak turut terbunuh akibat serangan itu manakala sekurang-kurangnya tiga orang lain cedera.



Menerusi satu kenyataan, Pentagon turut mengesahkan serangan udara itu.



Serangan tersebut merupakan serangan kedua oleh Amerika terhadap militia yang disokong Iran di Syria sejak Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan sebagai presiden Amerika.



"Atas arahan Presiden Biden, tentera Amerika melancarkan serangan udara pertahanan iu terhadap prasarana yang digunakan kumpulan militia yang disokong Iran di daerah sempadan Iraq-Syria," kata jurucakap Pentagon John Kirby menerusi satu kenyataan.



Prasarana itu digunakan kumpulan militia seperti Kataeb Hezbollah dan Kataeb Sayyid al-Shuhada, yang mempunyai hubungan rapat dengan Teheran, kata Pentagon.



Tambahnya, anggota militia yang menggunakan prasarana itu turut terlibat dalam operasi serangan pesawat tanpa pemandu (UAV) terhadap pegawai dan prasarana Amerika di Iraq.



Prasarana Amerika di Iraq telah diserang beberapa kali sejak beberapa bulan lalu, dengan pihak Amerika menuduh kumpulan Iraq yang mempunyai hubungan dengan Iran bagi serangan roket dan serangan lain terhadap prasarana yang menempatkan pegawainya itu.



Sejak awal tahun ini, terdapat lebih 40 serangan terhadap prasarana Amerika di Iraq, di mana sekitar 2,500 askar Amerika telah dikerah sebagai sebahagian gabungan antarabangsa untuk memerangi kumpulan militan IS.



Kebanyakan serangan itu melibatkan serangan bom terhadap konvoi logistik, sementara 14 merupakan serangan roket.



Sesetengah serangan itu didakwa dilancarkan oleh kumpulan pro-Iran yang bertujuan memberi tekanan kepada Washington untuk menarik balik semua askar mereka.



Serangan terkini itu berlaku sehari selepas pegawai Kurdish Iraq berkata tiga dron yang dilengkapi dengan bahan letupan menyerang bandar Arbil di kawasan utara Iraq, yang menempatkan konsulat Amerika.



Ini juga berlaku sedang kumpulan separa tentera pro-Iran yang menentang kehadiran Amerika di Iraq, mengadakan perbarisan tentera yang dihadiri pegawai kanan dekat Baghdad. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >