Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serpihan didapati dalam tangki minyak pesawat 737 Max yang belum dihantar

Feb 19, 2020 | 9:34 PM
Foto: REUTERS
Foto: REUTERS -

NEW YORK - Syarikat Boeing berjanji pada Selasa (18 Feb) bahawa ia akan mengetatkan kawalan setelah menemui serpihan yang berbahaya dalam tangki minyak pesawat 737 Max yang belum dihantar kepada pelanggannya. Pesawat-pesawat tersebut tidak boleh diterbangkan di serata dunia ekoran dua kemalangan yang membawa maut melibatkan pesawat jenis itu. Ekoran pemberhentian khidmat pesawat itu, syarikat Boeing telah berhenti menghantar pesawat itu kepada pelanggannya dan menghentikan pengeluaran pesawat tersebut. "Sewaktu melaksanakan penyenggaraan, kami temui beberapa Bahan Serpihan Asing (FOD) dalam pesawat 737 Max yang belum dihantar dan masih dalam simpanan," kata seorang jurucakap syarikat tersebut kepada AFP. "Menyusuli penemuan itu, kami menjalankan siasatan dalaman yang teliti dan mengambil tindakan segera membetulkan sistem pengilangan kami," tambah beliau. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg