Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Serpihan, isyarat pesawat Indonesia ditemui

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Serpihan, isyarat pesawat Indonesia ditemui

Jet 737-500 Sriwijaya Air terhempas ke laut selepas berangkat dari Jakarta ke Pontianak
Jan 11, 2021 | 05:30 AM

JAKARTA: Pasukan penyelam Indonesia menemui serpihan bangkai pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang terhempas kelmarin serta bahagian tubuh dan pakaian penumpang dari perairan dekat ibu kota Indonesia, Jakarta, semalam.

Sementara itu, tentera Indonesia pula menemui isyarat daripada bangkai pesawat yang membawa 62 penumpang dan kru, termasuk 10 kanak-kanak itu. Kesemua 62 orang itu warga Indonesia.

Pesawat penerbangan SJ182 itu dilaporkan terhempas ke laut kira-kira empat minit selepas berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada 2.36 petang kelmarin waktu Indonesia Barat.

Menurut pihak berkuasa Indonesia semalam, mereka telah mengesan isyarat dari pesawat itu, sementara penyelam pula menemukan bangkai pesawat dari sedalam 23 meter di bawah permukaan laut.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia Soerjanto Tjahjono berkata mereka telah mengenal pasti lokasi dua kotak hitam kapal terbang yang terhempas itu selepas hampir sehari operasi pencarian.

Presiden Indonesia Joko Widodo turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Doa dan simpati saya menyertai segenap keluarga dan kerabat para penumpang dan (kru) pesawat, semoga diberi-Nya kesabaran dan kekuatan," ujar beliau menerusi laman Facebooknya semalam.

Menurut agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia, Basarnas, mereka telah memperolehi beberapa beg mayat serta serpihan dari tempat nahas.

Penemuan itu hasil operasi mencari dan menyelamat melibatkan ratusan anggota meliputi tentera laut dan polis serta membabitkan 10 kapal tentera, helikopter dan penyelam yang dikerah ke lokasi terbabit.

Baju merah jambu kanak-kanak, roda yang pecah serta jaket keselamatan merupakan antara barang yang ditemui, menurut pihak berkuasa dan AFP.

Pesawat terbabit yang menuju ke bandar Pontianak sepatutnya tiba sekitar 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat), dengan perjalanan dijangka mengambil masa 90 minit melintasi Laut Jawa.

Ahli keluarga mangsa berkumpul di Lapangan Terbang Pontianak sejak kelmarin untuk menunggu perkembangan kejadian itu.

Antara mereka termasuk Encik Yaman Zai, yang mempunyai empat anggota keluarga - isteri dan tiga anaknya - dalam pesawat itu.

"(Isteri saya) menghantar saya gambar bayi saya... bagaimana hati saya tidak berkecai?" ujarnya sambil menangis.

Antara penumpang yang menaiki pesawat itu termasuk Cik Beben Sofian, 59 tahun, dan suaminya, Encik Dan Razanah, 58 tahun.

Anak saudara pasangan itu, Encik Hendra, berkata:

"Mereka mengambil gambar selfie bersama dan menghantarnya kepada anak mereka sebelum berangkat."

Data daripada laman web trafik udara FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu terjunam dari ketinggian lebih 10,000 kaki (3 kilometer) dalam masa sekitar seminit sebelum hilang dari radar dan hubungan dengan menara kawalan udara terputus.

Sebelum ini, Tentera Udara Indonesia berkata mereka telah mengesan minyak tumpah disyaki daripada pesawat itu.

Minyak yang tumpah itu dilihat di sebahagian besar laut di bahagian selatan Pulau Laki di kelompok Kepulauan Seribu.

Hingga kini, punca kejadian masih belum diketahui, dengan pihak berkuasa menumpukan usaha mencari dan menyelamat.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan meneruskan operasi pencarian di laut dan juga dari udara, selain menggunakan radar sonar untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3