Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sertai Nato: Denmark akan adakan pungutan suara 1 Jun

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Denmark akan mengadakan pungutan suara untuk menyertai pakatan pertahanan Kesatuan Eropah sedang perang Russia ke atas Ukraine mendorong negara Nordik itu, yang selalunya bersikap skeptikal tentang keahliannya di EU, untuk lebih dekat dengan blok itu.



Denmark yang merupakan anggota pengasas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), juga akan meningkatkan perbelanjaan tentera untuk mencapai sasaran perikatan itu iaitu 2 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), kata Perdana Menteri Cik Mette Frederiksen kelmarin di Copenhagen sedang beliau membentangkan perjanjian pertahanan baru bersama pemimpin pembangkang.



Persetujuan Denmark itu merupakan penambahan kepada perubahan dalam pengaturan keselamatan yang sudah lama wujud di rantau Nordik sejak serangan Russia.



Ini sedang Sweden dan Finland menilai semula ketidakselarasan tentera mereka setelah sokongan awam untuk kemasukan Nato meningkat dalam kedua-dua negara.



Negara Eropah lain juga sedang merombak pertahanan mereka.



Denmark berada di tengah-tengah Eropah, kata Cik Frederiksen.



Negara itu sejak 1993 telah memilih dikecualikan dari kerjasama pertahanan EU.



Negara yang mempunyai 5.8 juta penduduk itu juga tidak termasuk dalam euro dan kerjasama blok itu mengenai hal dalam negeri dan keadilan.



Pungutan suara itu akan diadakan pada 1 Jun.



Tinjauan baru-baru ini oleh TV2 menunjukkan bahawa 49 peratus pengundi menyokong penyertaan pakatan pertahanan itu, dengan 27 peratus menentangnya.



Pilihan raya umum seterusnya dijangka diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2023.



Di bawah perjanjian baru, Denmark akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan secara bertahap-tahap dari 1.3 peratus GDP untuk mencapai matlamat 2 peratus pada 2033.



Ini bermakna perbelanjaan tahunan ke atas pertahanan akan menjadi 18 bilion kroner ($2.5 bilion) lebih tinggi menjelang waktu itu.



Pemerintah juga memperuntukkan tambahan 7 bilion kroner dalam dua tahun akan datang untuk peningkatan segera bagi tentera. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >