Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seruan larang aplikasi TikTok semakin lantang di dunia Barat

Mar 27, 2023 | 05:30 AM



SERUAN untuk melarang aplikasi media sosial TikTok semakin lantang di dunia Barat, dengan beberapa institusi mengambil pendirian yang tegas terhadap aplikasi tersebut atas kebimbangan pengumpulan data.



Di Amerika Syarikat, Kongres meneruskan rancangan membentangkan undang-undang yang akan memberi Presiden Joe Biden kuasa untuk menyekat atau mengharamkan aplikasi itu di Amerika.



Pentadbiran Biden sedang mengatur langkah untuk menggesa ByteDance menjual aplikasi itu atau melarangnya di Amerika, menurut laporan media negara itu.



Tetapi TikTok telah menjadi sebahagian penting dalam budaya di Amerika, dengan lebih separuh penduduk Amerika menggunakan aplikasi itu setiap bulan.



Ketua Eksekutif TikTok, Encik Chew Shou Zi, seorang warga Singapura, dijadual tampil di hadapan kongres Amerika Syarikat dalam satu perbicaraan pada 23 Mac.



Menurut kenyataannya yang disiap lebih awal, Encik Chew berkata TikTok tidak akan mengongsi maklumat tentang pengguna Amerika kepada pemerintah China.



Beliau berhujah bahawa langkah melarang aplikasi itu akan menjejas perniagaan kecil di Amerika sekali gus ekonomi negara itu, serta menyekat kebebasan bersuara lebih 150 juta pengguna Amerika.



"Izinkan saya nyatakan perkara ini dengan jelas: ByteDance bukan ejen China atau mana-mana negara lain," kata Encik Chew.



Beliau berkata pengguna Amerika rata-ratanya dewasa yang berusia antara 18 hingga 22 tahun.



Rakyat Amerika terdiri daripada kira-kira 10 peratus daripada pengguna global aplikasi itu, tetapi membentuk kira-kira 25 peratus daripada jumlah tontonan di seluruh dunia, tambahnya.



Encik Chew berikrar akan melindungi data pengguna Amerika daripada akses asing tanpa kebenaran dan memberikan akses kepada pemantau bebas pihak ketiga.



Beliau juga memberi jaminan TikTok tidak akan dimanipulasi oleh mana-mana pemerintah.



"TikTok tidak pernah berkongsi, atau menerima permintaan untuk berkongsi, data pengguna Amerika dengan pemerintah China.



"TikTok juga tidak akan memenuhi permintaan seperti itu jika ia pernah dibuat," kata Encik Chew.



Di Britain, syarikat penyiaran BBC pada 20 Mac lalu memberitahu kakitangannya untuk memadam TikTok kecuali ia diperlukan untuk tujuan kerja.



Penyiar itu melaporkan bahawa ia menghantar mesej kepada kakitangannya pada 19 Mac dengan mengatakan: "Kami tidak mengesyorkan memasang TikTok pada peralatan korporat BBC melainkan ada urusan yang wajar."



"Jika anda tidak memerlukan TikTok atas sebab perniagaan, TikTok harus dipadamkan," tambahnya.



Britain baru-baru ini mengumumkan larangan keselamatan terhadap TikTok pada peralatan kerajaan, sejajar dengan tindakan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.



BBC memberitahu AFP pada 20 Mac lalu bahawa ia "amat mengambil serius keselamatan dan perlindungan sistem, data dan orang kami".



Ia menambah bahawa walaupun penggunaan TikTok pada peralatan korporatnya masih dibenarkan untuk tujuan editorial dan pemasaran, "kami akan terus memantau dan menilai keadaan".



Penyiar itu telah melancarkan beberapa laman baru di aplikasinya sedang ia cuba mendekati pembaca dan penonton baru, dengan akaun rasminya mempunyai 4.4 juta pengikut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >