Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi fotografi punca Bromo terbakar

Sep 8, 2023 | 1:57 PM
DITUTUP SEMENTARA: Kebakaran yang berlaku di Gunung Bromo pada Rabu disebabkan pasangan bakal mempelai dan jurugambar yang menyalakan suar untuk penggambaran praperkahwinan mereka.
DITUTUP SEMENTARA: Kebakaran yang berlaku di Gunung Bromo pada Rabu disebabkan pasangan bakal mempelai dan jurugambar yang menyalakan suar untuk penggambaran praperkahwinan mereka. - Foto TEMPO.COM

MALANG: Para pelancong dan warga setempat yang ingin menikmati keindahan serba menghijau dan kedinginan di Gunung Bromo terpaksa menangguhkan rancangan mereka buat sementara.

Ini kerana kawasan tarikan pelancong itu telah ditutup ekoran kebakaran yang berlaku di Blok Savana Lembah Watangan (Pusung Tumpeng) atau lebih dikenali sebagai Bukit Teletubbies, pada Rabu.

Yang menyedihkan, kebakaran itu berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh para pengunjung sendiri – menggunakan suar untuk mengambil gambar praperkahwinan mereka di kawasan itu.

Menurut sumber dari Balai Besar Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS), perbuatan itu dilakukan oleh satu pasangan bakal mempelai dari Surabaya dan jurugambarnya.

Mereka menyewa sebuah jip dan memasuki kawasan pelancongan Bromo dari Blok Jemplang di Kampung Ngadas, Daerah Poncokusumo.

Bagaimanapun, pemandu jip yang tidak menyedari pasangan berkenaan membawa suar, terlelap selepas menurunkan kesemua penumpang.

Beliau tidak menyedari kebakaran yang berlaku ketika penggambaran dilakukan termasuk ketika suar dinyalakan oleh si jurugambar.

Menurut sumber itu lagi, mereka menggunakan suar untuk mencipta latar belakang berapi, tetapi malangnya tidak dapat mengawal api yang terus merebak.

Pasangan bakal mempelai dan jurugambar berkenaan telah ditahan para pemandu jip lain yang berada di situ dan kemudian diserahkan kepada renjer gunung TNBTS.

Mereka kemudiannya diserahkan kepada Polis Sukapura untuk disoal siasat.

Buat masa ini, semua pintu masuk dari daerah Malang, Pasuruan, Probolinggo dan Lumajang telah ditutup dan pengunjung dilarang masuk sehingga diberitahu kelak.

“Penutupan itu berkuat kuasa mulai Rabu sehingga diberitahu kelak,” kata pegawai TNBTS, Cik Septi Wardhani Septi, dalam satu kenyataan pada Khamis. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg