Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sesi sekolah semuka murid Tahun 3 hingga 6 dimula di M'sia

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam bermula semalam selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lepas.



Selain itu, sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta turut dibuka semula.



Kementerian Pendidikan berharap, ibu bapa dapat memberikan kerjasama dengan pihak sekolah dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutama semasa proses penyuraian murid sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, pihak sekolah menyusun jadual penyuaraian murid dengan pelbagai kaedah dan sewajarnya ibu bapa mengikut ketetapan yang diberikan agar dapat melindungi keselamatan anak-anak.



Katanya, perkara itu diberi penekanan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dengan mengesyorkan kaedah terbaik kepada pihak sekolah untuk memastikan penyuraian murid berjalan lancar dengan pematuhan SOP ketat.



"Untuk itu, kami memohon jasa baik ibu bapa pastikan di luar sekolah wujud penjarakan fizikal dijaga dan kesesakan itu dapat ditangani dengan baik.



"Sekolah telah menyusun jadual penyuraian murid dengan pelbagai kaedah dan banyak sekolah yang menggunakan kaedah penyuraian secara berperingkat.



"Oleh itu, amat penting ibu bapa mematuhi jadual penyuraian yang telah ditetapkan, jadi kita ingin lihat di seluruh negara, proses penyuraian dapat berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sempena pembukaan sesi persekolahan bersemuka peringkat kedua membabitkan murid Tahun Tiga hingga Enam, di Sekolah Kebangsaan King George V (SK KGV) Ampangan, di sini, pagi semalam.



Mengulas lanjut, Datuk Dr Radzi berkata, ibu bapa perlu memberikan kerjasama kerana kementerian sudah mencari kaedah terbaik penyuraian dengan mengambil kira keadaan sekolah.



"Malah, proses penyuraian itu juga tidak lama dan hanya mengambil masa antara 10 hingga 20 minit.



"Jika semua pihak dapat mematuhi, penyuraian murid dapat berjalan lancar dalam kalangan ibu bapa yang menunggu anak di luar sekolah," katanya.



Antara yang ke sekolah semalam ialah pasangan kembar seiras Che Khairah Hani Che Kamaruddin dan Che Khairunnisa Hani yang masing-masing berusia 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bemban, Kota Bahru, Kelantan, yang teruja apabila dapat kembali ke sekolah seperti sediakala.



Malah, pasangan kembar berkenaan turut mencuri tumpuan apabila dihantar oleh bapa mereka, Che Kamaruddin Che Hamad, 62, dengan menaiki beca di hadapan pintu pagar sekolah.



Menurut Che Khairah Hani, dia dan kakaknya, sudah lama menunggu saat untuk ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PnP) seperti sebelum ini, berbanding proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak Januari lalu kerana ia agak merumitkan.



"Walaupun ibu dan ayah agak risau apabila murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan kembali ke sekolah, kami akan menjaga diri serta mematuhi SOP ditetapkan.



"Alhamdulillah, pada tahun ini, kami ditempatkan di dalam kelas yang sama dan tidak pernah terpisah sejak di Tahun Satu sehingga sekarang sekali gus memudahkan saya dan kakak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru," katanya ketika ditemui di perkarangan SK Sri Bemban, di sini.



Sementara itu, Che Kamaruddin berkata, keterujaan anak bongsu daripada 10 beradik itu untuk kembali ke sekolah sedikit sebanyak menghilangkan kebimbangannya untuk melepaskan pasangan kembar itu ke sekolah dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum reda. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >