Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM M'SIA

Setelah seminggu, kempen 'hangat' seperti jangkaan

Nov 12, 2022 | 06:27 AM



DARI KUALA LUMPUR: USAHA menambat hati dan minda pengundi di Malaysia kian bertambah hangat, dengan calon Perdana Menteri (PM) yang telah dinamakan beberapa parti dan gabungan politik sejauh ini masing-masing membentangkan janji mereka antara lain berkaitan gaji, dasar dan tindakan tegas.



Namun selepas sekitar seminggu mereka berkempen secara rasmi sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, mungkin masih terlalu awal untuk menentukan siapa di antara mereka yang tampil paling menyerlah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.



Bagi Zamil Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tampil sebagai calon PM yang paling menyerlah.



"Oleh kerana Datuk Anwar dilihat sebagai lebih media savvy (bijak menggunakan media) dan lebih berkarisma (berbanding calon PM lain) sedang beliau menjelajah ke serata negara sebagai sebahagian daripada kempennya, pastinya beliau yang paling menyerlah kini," ujar Dr Oh.



Perikatan Nasional (PN) pula telah menawarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon PM manakala Barisan Nasional (BN) pula mengangkat Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai calon bagi jawatan tersebut.



Namun, terdapat naratif yang mendakwa satu undi bagi BN adalah bersamaan satu undi bagi pengerusi parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menjadi PM.



Dakwaan tersebut telah ditolak berulang kali oleh beberapa pemimpin BN termasuk Datuk Ahmad Zahid sendiri dan juga Datuk Ismail Sabri.



Datuk Ahmad Zahid sebelum ini berkata Datuk Ismail Sabri kekal sebagai poster boy BN dalam PRU15 dan menjadi calon PM daripada BN.



Malah, beliau juga meminta semua pihak agar tidak menimbulkan spekulasi atau melaga-lagakan barisan kepimpinan berhubung kedudukan calon PM itu.



Menurut seorang lagi pemerhati politik, pengarah di BowerGroupAsia, Encik Adib Zalkapli, kempen BN kelihatan terganggu dengan tanggapan bahawa mereka mempunyai dua calon PM.



"Cabaran kempen BN bagi tempoh seminggu terakhir ini adalah untuk meyakinkan pengundi, terutamanya pengundi berada 'di atas pagar' bahawa Datuk Ismail Sabri adalah calon tunggal PM (daripada BN)," ujar beliau.



Bagi Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, pula tiada seorang pun dalam kalangan calon PM itu yang menarik perhatiannya sejauh ini.



"Tapi apa yang menarik adalah langkah (Menteri Kesihatan) Encik Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa beliau bersedia menjadi PM suatu hari nanti," ujar beliau.



Calon BN di Sungai Buloh itu bertegas secara terbuka bahawa beliau bersedia memimpin Umno dan menjadi PM pada suatu hari nanti namun bukan sekarang kerana pada usianya 46 tahun kini, beliau masih boleh menunggu Datuk Ismail Sabri untuk menjadi PM Malaysia terlebih dahulu.



Selepas Encik Khairy tampil menyuarakan kesediaannya itu, Datuk Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin turut mengesahkan kelayakan beliau untuk menjadi PM Malaysia pada suatu masa nanti.



■ Sekitar pilihan raya umum M'sia - Muka 10 & 11




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >