Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiap kem saling dakwa menang debat pertama calon Presiden Indonesia

Dec 14, 2023 | 04:32 PM



JAKARTA: Para penyokong dan pasukan kempen bagi ketiga-tiga calon Presiden Indonesia 2024 mendakwa menang dalam perbahasan pertama, sedang mereka berusaha memikat sebahagian besar pengundi ‘berkecuali’ di negara itu.


Dalam acara dua jam yang disiarkan di televisyen pada 12 Disember, Encik Prabowo Subianto, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Anies Baswedan saling bersaing di pentas perbahasan buat kali pertama bagi merebut tempat untuk menggantikan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menerajui tampuk pemerintahan Indonesia.

Perdebatan itu adalah yang pertama daripada lima sesi menjelang hari mengundi pada Februari 2024.

Pasukan kempen Encik Prabowo dengan cepat mula melakarnya sebagai pemenang perdebatan.

“Kami berani mendakwa bahawa debat malam ini dimenangi oleh (Encik) Prabowo, semuanya dari segi pilihan kata, pilihan bahasa dan dari segi jenaka, respons taktikal terhadap idea dan konsep,” kata Encik Nusron Wahid, setiausaha pasukan kempen Encik Prabowo, dipetik akhbar, The Jakarta Post.


Seorang lagi dari pasukan yang sama, Encik Eddy Soeparno, berkata Encik Prabowo adalah “yang paling langsung dan tegas” dalam memastikan kesinambungan program Encik Jokowi.

Beliau menggambarkan dirinya sebagai pengganti semula jadi kepada Encik Jokowi. Penilaian terhadap pemimpin negara itu kekal tinggi sehingga menghampiri penghujung penggal kedua dan terakhirnya.

Encik Eddy mendakwa dua pesaing Encik Prabowo tidak jelas sama ada mereka akan meneruskan dasar Encik Jokowi.

Sementara itu, pasukan kempen Encik Ganjar memuji prestasi bekas gabenor Jawa Tengah itu sebagai “meyakinkan, boleh menyampaikan idea dan mudah difahami” kerana beliau menggunakan pengalamannya mentadbir salah sebuah wilayah paling ramai penduduk di negara itu selama sedekad.

“Kami pasti orang ramai yang masih ragu-ragu akan membuat keputusan dan memilih pasangan Ganjar-Mahfud,” kata jurucakap pasukan kempen, Encik Achmad Baidowi, sejurus selepas perbahasan.

Penyokong Encik Anies juga menyifatkan prestasi debatnya sebagai “luar biasa” dan “terbaik” daripada dua pesaingnya dengan alasan bahawa beliau telah berjaya menangani isu-isu yang membimbangkan orang ramai seperti pencabulan hak asasi manusia.

“Calon presiden kita tidak mempunyai masalah sama sekali dalam soal demokrasi, undang-undang dan perkhidmatan awam, termasuk perkara rasuah dan mempunyai sikap tegas ke hadapan,” kata Timbalan Pengerusi Parti Kebangkitan Negara (PKB), Encik Jazilul Fawaid, pada 13 Disember.

Ramai pengulas menyifatkan perbahasan itu tidak disangka-sangka meriah. Ini adalah kerana calon-calon itu mudah mencabar antara satu sama lain.

Mereka juga telah membicarakan topik kontroversi termasuk yang membabitkan Encik Prabowo berhubung keputusannya yang dianggap memecahbelahkan warga, dengan memilih anak Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebagai pasangannya, dan dakwaan mengenai pencabulan hak asasi manusia selama beberapa dekad.

Encik Prabowo, yang mendahului dalam tinjauan pendapat umum, nampaknya menjadi sasaran utama di pentas perbahasan, kata Encik Kennedy Muslim, dari tinjauan pendapat Indikator Politik Indonesia.

“Nampaknya ada strategi di mana kedua-dua Encik Anies dan Encik Ganjar cuba memburukkan Encik Prabowo dalam usaha untuk menghalang momentumnya ke arah mencapai kemenangan satu pusingan,” kata Encik Kennedy kepada The Jakarta Post pada 13 Disember.


Walaupun Encik Prabowo mendahului dalam tinjauan pendapat, penganalisis berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa menteri pertahanan itu akan mendapat kemenangan mudah pada hari pilihan raya nanti.

Tinjauan menunjukkan bahawa lebih daripada 20 peratus pengundi, sama ada masih belum memutuskan calon pilihan mereka atau berasa mereka mungkin menukar pilihan mereka.

Perbahasan pertama itu boleh mempengaruhi pengundi ‘berkecuali’ yang sebahagian besarnya merupakan penduduk berpendidikan tinggi, kata Encik Kennedy.

“Perdebatan (12 Disember) serta perbahasan masa depan mungkin diambil kira dalam memilih pasangan calon yang akan diundi, memandangkan pengundi yang berpendidikan biasanya membuat pilihan mereka menjelang hari mengundi,” tambah Encik Kennedy.

Bagaimanapun, katanya lagi, tidak mungkin perbahasan itu akan menjejas keadaan keseluruhan persaingan kerana data dari negara lain menunjukkan bahawa perdebatan lazimnya mempengaruhi tinjauan pendapat umum sebanyak 2 hingga 5 peratus sahaja.

“Melainkan terdapat kesilapan besar yang muncul daripada calon, yang boleh diperkuatkan sebagai bahan serangan untuk kempen lawan,” ujar Encik Kennedy. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >