Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha Agung BN Annuar Musa dipecat

Jan 05, 2021 | 04:26 PM



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).



Sumber BN yang dihubungi pada tengah hari Selasa (5 Jan) mengesahkan perkara itu serta memaklumkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, akan mengambil alih tugas Tan Sri Annuar selepas ini, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).



"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas kepada BHM.



Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO pada Selasa.



Dalam pada itu,Tan Sri Annuar menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepemimpinan tertinggi BN dan UMNO yang memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung BN.



Dalam satu tangkap layar WhatsApp yang dikongsi di Twitter beliau petang Selasa, Tan Sri Annuar menjelaskan beliau dimaklumkan mengenai berita pemecatan daripada jawatan itu menerusi media.



"Saya diberitahu oleh media saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan SUA MN (Setiausaha Agung Muafakat Nasional).



"Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini.



Menyusuli itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan juga memaklumkan untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung pemecatan itu buat masa ini.



"Ramai yang minta komen... saya tiada apa komen buat masa ini... tempoh bertenang," katanya. - BERITA HARIAN MALAYSIA



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >