Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram

Sep 29, 2021 | 05:17 PM



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker di Parlimen, telah dibebaskan daripada pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.


Datuk Seri Ahmad Maslan dibebaskan daripada pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung lebih RM2 juta yang beliau terima daripada bekas perdana menteri Najib Razak pada 2013, setelah beliau membayar kompaun RM1.1 juta ($357,000), lapor agensi berita nasional Bernama pada Rabu (29 September).


Selepas pembayaran itu, pihak pendakwa menarik balik dua tuduhan tersebut, katanya.


"Mahkamah dengan ini memerintahkan agar tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan pertama dan kedua. Semua tarikh yang telah ditetapkan bagi perbicaraan kes itu telah dikosongkan,” kata Bernama memetik Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh.


Firma guaman Messrs Shahrul Hamidi & Haziq, yang mewakili Encik Ahmad, berkata: "Proses penyelesaian ini berlangsung hampir setahun sebelum ia diterima dan dirakamkan di mahkamah hari ini. Penyelesaian ini bukan pengakuan bersalah Ahmad kepada semua tuduhan terhadapnya."


"Ia dilakukan menurut undang-undang dan telah melalui proses yang telus dan teratur. (Penyelesaian) ini hanya untuk tujuan kes ini dan tidak ada hubungannya dengan sebarang faktor politik," tambahnya dalam satu kenyataan.


Ahmad, 55 tahun, sebelum ini minta dibicarakan bagi tuduhan gagal menyatakan jumlah yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang dikatakan melanggar Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tidak menyatakan pendapatan sebenar beliau dalam borang penyata bagi 2013.


Wang itu dikatakan hasil kegiatan haram dan diberikan melalui cek daripada AmIslamic Bank bertarikh 27 November 2013, yang beliau secara peribadi memasukkan ke bank pada hari sama.


Ahli Parlimen Pontian itu juga dituduh memberi kenyataan palsu ketika disoal siasat oleh pegawai siasatan Mohd Zairi Zainal pada 4 Julai 2019.


Beliau dirujuk sebagai sebahagian daripada "kelompok mahkamah" - sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang didakwa melakukan rasuah semasa pentadbiran Pakatan Harapan, yang berkuasa setelah mengalahkan pakatan Barisan Nasional yang dipimpin Umno di pilihan raya Mei 2018.


Ahli Parlimen itu termasuk Najib, yang mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan rasuah berkaitan dengan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, dan ketua Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi puluhan tuduhan rasuah.


Jawatan Timbalan Speaker dibiarkan kosong setelah seorang lagi ahli parlimen Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, meletak jawatan bulan lalu.


Pencalonan Ahli Parlimen Pontian itu menarik perhatian Ahli Parlimen pembangkang, dengan Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pilihan kerajaannya untuk jawatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >