Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha akhbar Najib: Siasatan ke atas 1MDB dapati tiada jenayah dilakukan

Jul 21, 2016 | 08:22 AM



KUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi pada Khamis (21 Julai) bahawa Peguam Negara Malaysia mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatannya ke atas syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



"Pihak berkuasa Malaysia telah memimpin siasatan ke atas 1MDB. Syarikat itu telah menjadi subjek beberapa siasatan di Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira dwipartisan," kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan.



"Selepas kajian semula menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada jenayah dilakukan. 1MDB masih disiasat oleh Polis Diraja Malaysia," katanya.



Beliau juga mengambil perhatian tindakan undang-undang yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman Amerika untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion ($1.3 bilion) yang ia dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.



"Kami ambil perhatian tindakan undang-undang sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas pelbagai aset. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan sembarang siasatan sah ke atas syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa.



"Sebagaimana Perdana Menteri sentiasa tegaskan, jika terbukti ada salah laku, tindakan undang-undang akan dikenakan tanpa pengecualian," kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >