Topik diikuti
Pergi ke BHkuSetiausaha Pertahanan AS mahu tingkat dialog keselamatan dengan Beijing

Jun 28, 2018 | 5:30 AM
Setiausaha Pertahanan AS mahu tingkat dialog keselamatan dengan Beijing
BEIJING: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik James Mattis, kelmarin menjadi ketua Pentagon pertama melawat China sejak 2014, memulakan lawatan tiga hari dengan matlamat meningkatkan dialog keselamatan dengan Beijing sedang hubungan Sino-Amerika semakin tegang.
Encik Mattis memulakan lawatannya dengan memberitahu Menteri Pertahanan China, Encik Wei Fenghe, bahawa beliau berharap semua perbualannya di Beijing dicirikan oleh dialog "terbuka dan jujur", sebagaimana yang dijalankan sebelum ini dengan Encik Wei.