Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SG, AS setuju perkukuh hubungan strategik kededua negara

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Singapura dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk memperkukuh lagi hubungan strategik antara dua negara.



Persetujuan dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Naib Presiden AS, Cik Kamala Harris di Washington, kelmarin.



Cik Harris membuat lawatan rasmi tiga hari ke Singapura pada Ogos tahun lalu, di mana kedua-dua negara berkata, mereka sedang memasuki kerjasama dalam bidang baru seperti keselamatan siber, iklim dan kerjasama ekonomi.



Beberapa pengumuman telah dibuat sebelum lawatan kerja Encik Lee ke AS minggu ini.



Sebagai contoh, satu dialog siber dua hala akan diadakan bagi membolehkan kedua-dua negara bekerja sama dalam membangunkan prasarana perlindungan genting, keselamatan data dan perkongsian amalan terbaik bagi menyokong orde berbilang hala yang berteraskan peraturan di alam siber, kata Encik Lee selepas pertemuan dengan Cik Harris.



Kedua-dua negara juga memperbaharui persetujuan untuk memperdalam kerjasama dalam pembangunan prasarana, sementara meluaskan perjanjian untuk turut merangkumi projek hijau dan kemampanan di rantau Asia ini.



Selain itu, Singapura telah menandatangani Perjanjian Artemis, menjadi negara ke-18 yang menyertai perjanjian antarabangsa yang dipimpin AS yang bertujuan mempromosi keamanan, kemampanan dan faedah dalam menggunakan ruang maya.



"Kita adalah negara Asia Tenggara pertama untuk menandatanganinya dan kita menikmati perbincangan yang baik mengenainya kerana Naib Presiden mempengerusikan Majlis Ruang Maya Kebangsaan Rumah Putih," kata Encik Lee dalam ucapannya yang disampaikan di Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower.



Cik Harris berkata, Asia Tenggara kini diwakili dalam perjanjian antarabangsa, dan menambah: "Singapura menjadi negara Asia Tenggara pertama mengiktiraf apa yang kami boleh lakukan bersama bagi meluaskan lagi norma antarabangsa kerana ia berkait dengan semua perkara, termasuk hal di udara."



Antara isu mereka yang terkandung dalam agenda termasuk rantaian bekalan dan perubahan iklim.



"Kami juga telah membincangkan isu-isu lain yang berkaitan dengan ekonomi kita dan juga, kemakmuran negara masing-masing, termasuk pentingnya kerjasama dalam isu rantaian bekalan," kata Cik Harris, sambil mengesahkan lagi satu "iltizam untuk bergerak ke depan bersama" dalam soal rantaian bekalan.



"Kami juga telah membincangkan pentingnya soal iklim dan keupayaan yang ada pada negara kita dan punya iltizam untuk menjadi pemimpin dalam soal ini yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan seluruh dunia," tambahnya.



Soal konflik di Ukraine juga dibincangkan dengan kedua-dua pihak mengulangi "perkongsian komitmen bagi mencapai orde jagat yang mantap, berteraskan peraturan", kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >