Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shahidan Kassim antara 4 digugur dari Umno

Nov 9, 2022 | 5:30 AM
2d914cc8-a9c3-4c8b-b81d-cec49628b816
-

KUALA LUMPUR: Empat ahli Umno yang bertindak bertanding mewakili parti lawan dan menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), digugurkan keahliannya daripada parti.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata empat ahli berkenaan ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, penyandang kerusi Parlimen Arau dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran), yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata selain itu, keahlian Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kawasan Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, selain Datuk Azhar Ahmad bagi DUN Kuala Perlis, turut digugurkan.

"Umno ingin memaklumkan pengguguran keahlian empat ahli parti pada PRU15 selepas penamaan calon mereka diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabtu lalu. Dengan pengguguran keahlian ini, jawatan mereka di peringkat Umno Bahagian akan dipangku oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian yang berkenaan," katanya melalui kenyataan, di sini.

Datuk Seri Ahmad berkata pengguguran keahlian keempat-empat mereka itu selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan Umno.

Beliau berkata Perlembagaan itu jelas menyebut, seseorang ahli yang menang bertanding dan meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg