Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli M'sia

Aug 3, 2021 | 8:05 PM
Foto BERITA HARIAN MALAYSIA
Foto BERITA HARIAN MALAYSIA -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada petang Selasa (3 Ogos) mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

"Sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

"Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar," katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan kepemimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan. - Berita Harian Malaysia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg