Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan pembunuhan Altantuya yang dibuka semula kini selesai

Jul 19, 2018 | 04:01 PM



SUBANG JAYA: Siasatan ke atas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini selesai, menurut inspektor jeneral polis Malaysia. 



“Siasatan sudah selesai dan kami telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. 



“Kami kini sedang menunggu arahan lanjut,” katanya semasa sidang akhbar hari ini. 



Pada 20 Jun, bapa Altantuya, Dr Shaaribuu Setev membuat laporan polis dan meminta siasatan pembunuhan anaknya itu dibuka semula. 



Keesokan harinya, Encik Mohamad Fuzi mengesahkan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu akan dibuka semula. 



Altantuya dipercayai terbunuh dan mayatnya diletupkan di hutan kawasan Mukim Bukit Raja, Klang, antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi pada 20 Oktober 2006.



Pada 2009, anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri didapati bersalah atas pembunuhan Altantuya. 



Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mereka pada tahun 2013 tetapi setelah menerima rayuan dari pihak pendakwaan, hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. 



Sirul melarikan diri ke Australia di mana dia ditahan oleh Imigresen Australia di pusat tahanan di Sydney selepas Interpol memberikan notis merah. 



Abdul Razak Baginda pula didakwa dengan membantu dalam pembunuhan namun dibebaskan pada 2008. -THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >