Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan RM2.6b yang masuk ke dalam akaun Najib akan dihentikan, tiada bukti rasuah

Jan 26, 2016 | 12:14 PM



KUALA LUMPUR: Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pada Selasa (26 Jan) beliau akan mengarahkan agensi antirasuah menutup siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas siasatan menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam bank peribadi beliau bukan satu bentuk rasuah atau sogokan.


Tan Sri Mohamed Apandi berkata Datuk Seri Najib memulangkan wang itu kepada keluarga diraja Arab Saudi yang mendermanya kerana wang tersebut tidak digunakan.


Beliau menambah bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib berhubung kertas siasatan yang dikemukakan oleh agensi antirasuah.


"Saya berpuas hati dengan penemuan bahawa dana itu bukan satu bentuk rasuah atau sogokan," kata Tan Sri Mohamed Apandi.


"Tidak ada sebab yang diberi mengapa derma tersebut dibuat kepada PM Najib, yang merupakan antara beliau dan Arab Saudi."


Tan Sri Mohamed Apandi berkata demikian dalam satu sidang media yang tidak dijadualkan bagi membincangkan siasatan ke atas SRC International, bekas anak syarikat firma pelaburan kerajaan yang dilanda hutang besar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ($869 juta) ke dalam akaun bank Datuk Seri Najib.


Agensi antirasuah berkata ia telah menghantar dua laporan mengenai siasatan tersebut ke pejabat Peguam Negara pada 31 Disember lalu. - Reuters


(Laporan ini masih berkembang)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >