PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) pada 1990-an "membuat kesimpulan" bahawa Bank Negara Malaysia kerugian sekurang-kurangnya RM31.5 bilion ($10 bilion) akibat skandal berkenaan.

Mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang mengetuai suruhanjaya itu berkata, kerugian dialami bank pusat itu antara 1991 hingga 1994.