SERLAH TRADISI: Tiga wanita ini dilihat mengenakan pakaian tradisional Jepun semasa meninggalkan pusat persidangan sidang puncak G20 di Osaka, Jepun, pada 29 Jun lalu. - Foto REUTERS -
KEMBALI KE RUMAH PUTIH: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, membalas tabik hormat anggota tentera yang menyambut ketibaannya sekembali beliau dari menghadiri Sidang Puncak G20 di Osaka, Jepun. Semasa menghadiri persidangan itu, Encik Trump turut mengunjungi Korea Selatan, dan mengadakan pertemuan ringkas dengan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-un di Zon Bebas Tentera (DMZ) antara kedua-dua negara, menjadikan beliau pemimpin Amerika pertama memasuki Korea Utara. - Foto AFP. -

OSAKA: Sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) berakhir di Osaka, Jepun, Sabtu lalu dengan pemimpin ekonomi terbesar di dunia mengeluarkan satu perisytiharan muktamad, manakala Washington dan Beijing bersetuju memulakan semula rundingan perdagangan, sekali gus melegakan perang perdagangan mereka.
Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, menyimpulkan sidang puncak dua hari itu dengan ucapan singkat, menekankan negara G-20 "mempunyai tanggungjawab terlibat dalam perbincangan berterus-terang mengenai cabaran global" dan mengenal pasti huraian bagi kebimbangan sedia ada, termasuk tinjauan ekonomi dan kemampanan dunia.