Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang puncak G77+China di Cuba fokus aturan ekonomi baru

Sep 15, 2023 | 11:58 AM



HAVANA (Cuba): Sidang Puncak Ketua Negara dan Kerajaan Kumpulan 77 dan China (G77+China) yang mewakili kumpulan negara sedang membangun dan 80 peratus penduduk dunia berkumpul pada Jumaat di Cuba dalam usaha mempromosikan “aturan dunia ekonomi baru” di tengah-tengah amaran tentang polarisasi yang kian meningkat.


Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, yang tiba di pulau tersebut pada Khamis, akan bersama kira-kira 30 ketua negara dan pemerintah dari Afrika, Asia dan Amerika Latin dalam sidang puncak selama dua hari di Havana.

Mesyuarat tersebut dijangka berakhir pada Sabtu dengan satu kenyataan bersama yang menekankan “hak untuk pembangunan dalam aturan antarabangsa yang semakin eksklusif, tidak adil, tidak saksama dan bersifat merampas”, kata Menteri Luar Cuba, Encik Bruno Rodriguez, kepada wartawan pada Rabu.

Draf kenyataan penutup menekankan banyak halangan yang dihadapi negara sedang membangun, termasuk “seruan untuk penubuhan aturan dunia ekonomi baru,” katanya.

Blok itu ditubuhkan oleh 77 negara Selatan pada 1964 “untuk menyatakan dan mempromosikan kepentingan ekonomi mereka secara kolektif dan meningkatkan kapasiti rundingan bersama mereka”, menurut laman web kumpulan tersebut.

Kini, ia mempunyai 134 anggota dengan laman web tersebut menyenaraikan China walaupun kuasa besar Asia itu mengatakan ia bukan anggota penuh.

Cuba mengambil alih jawatan pengerusi bergilir pada Januari.

Encik Guterres, yang akan memberikan ucapan pembukaan bersama Presiden Cuba, Encik Miguel Diaz-Canel, baru-baru ini menghadiri beberapa sidang puncak, termasuk pertemuan kumpulan G20 ekonomi utama di India dan kumpulan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Sebelum mesyuarat di Havana, Encik Guterres mengatakan “kepelbagaian sidang puncak ini mencerminkan pertentangan berbilang bagi dunia kita yang semakin meningkat”.

Beliau memberi amaran bahawa “pertentangan berbilang boleh menjadi faktor untuk meningkatkan ketegangan geostrategik, dengan akibat yang tragik”.

Sebagai tambahan, Encik Diaz-Canel mengatakan pada X (dahulu dikenali sebagai Twitter) bahawa peserta sidang puncak Cuba akan “mengesahkan semula komitmen kami terhadap multilateralisme, kerjasama dan pembangunan”.

Encik Diaz-Canel dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah mewakili G77+China pada beberapa mesyuarat antarabangsa termasuk sidang puncak kewangan sejagat di Paris pada Jun dan mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) pada Julai lalu dengan negara Amerika Latin dan Caribbean.

Tema sidang puncak Havana ialah peranan ‘Sains, teknologi dan inovasi’ dalam pembangunan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >