Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK PERINGATAN ASEAN-INDIA

Tekad Asean, India maju bersama

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



INDIA mengalu-alukan kehadiran 10 pemimpin Asean semasa mereka berhimpun di New Delhi kelmarin untuk memperingati ulang tahun ke-25 hubungan Asean-India.



Di sidang puncak peringatan itu, para pemimpin memperbaharui komitmen mahu meningkatkan hubungan rencam mereka, lapor The Straits Times.



Sidang itu dipengerusikan bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong, selaku Pengerusi Asean, dan Perdana Menteri India Narendra Modi.



Mereka melahirkan harapan agar hubungan Asean dan India semakin erat, serta mengenal pasti keprihatinan yang dikongsi.



Encik Lee berkata:



"Kami percaya India memberi sumbangan besar kepada ehwal serantau, membantu memastikan reka bina serantau kekal terbuka, seimbang dan inklusif."



Memerhatikan hubungan budaya dan sejarah Asia Tenggara di India, Encik Lee menyeru adanya peningkatan dalam bidang perdagangan, pelaburan dan perhubungan.



Beliau menukil dua projek yang boleh membawa hubungan ke depan.



Pertama, Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) - perjanjian perdagangan Asean dan enam negara, termasuk India, yang kini sedang dirunding.



Encik Lee juga berharap rundingan dapat diselesaikan tahun ini.



Kedua ialah Perjanjian Pengangkutan Udara Asean-India, yang katanya dapat meningkatkan aliran rakyat sekali gus membawa manfaat kepada kedua-dua belah.



Encik Modi pula berkata India berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan Asean dalam bidang kelautan.



Keupayaan bantuan bencana, kerjasama keamanan dan kebebasan pelayaran menjadi tumpuan kerjasama kelautan itu.



Encik Modi berkata:



"India berkongsi wawasan dengan Asean bagi keamanan dan kemakmuran berasaskan undang-undang bagi laut dan lautan.



"Menghormati undang-undang antarabangsa... adalah kritikal dalam perkara ini".



Sidang puncak itu diadakan di sebalik perubahan geopolitik dan sedang rakan utama Asean - seperti China, India, Jepun dan Australia - berusaha memperdalam penglibatan mereka dengan badan serantau itu.



Hubungan Asean-India berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.



Semasa Perang Dingin, India melihat kumpulan serantau dengan kesangsian.



Namun, hubungan menjadi lebih baik lepas 1990-an, dengan pelaksanaan dasar Lihat Timur oleh Perdana Menteri India waktu itu, Encik Narasimha Rao.



Hubungan kini melangkaui bidang ekonomi, malah merangkumi isu keselamatan dan lain-lain.



Kedua-dua pihak menjadi 'rakan kongsi strategik' pada 2012.



Sambutan mencapai kemuncak semasa Perbarisan Hari Republik.



Semua 10 pemimpin Asean hadir sebagai Ketua Tamu - kali pertama India mengundang lebih seorang tamu utama dalam acara besar-besaran itu.



Sidang Puncak semalam mengiktiraf Pengisytiharan Delhi, yang menegaskan komitmen Asean dan India mahu bekerjasama rapat dalam menangani isu yang menjadi keprihatinan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >