SPH Logo mobile
Langgan|

SIF lancar program perpustakaan bergerak di Yogyakarta

SIF lancar program perpustakaan bergerak di Yogyakarta

Nov 13, 2017 | 2:00 PM

SIF lancar program perpustakaan bergerak di Yogyakarta

-

LEBIH 5,000 pelajar setahun di Yogyakarta dijangka memanfaat program perpustakaan bergerak yang dilancarkan Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) di sana hari ini, kali kedua program itu diadakan di Indonesia.

Dijadual berlangsung selama tiga tahun, program Words on Wheels (WoW) itu menawarkan bahan pendidikan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, sumber Teknologi Maklumat (IT) dan prasarana pembelajaran percuma ke 10 sekolah di Yogyakarta.

Program itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Yaacob Ibrahim dan Gabenor Yogyakarta Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Pengarah eksekutif SIF, Cik Jean Tan, berkata kesan lebih mendalam boleh dicapai dengan menggabungkan sumber dan kepakaran bagi mengatasi cabaran bersama.

"Menerusi projek ini, SIF menghubungkan rakan kongsi berbilang sektor dan individu yang bersependapat, memberi mereka nikmat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat, yang kini dilanjutkan ke sekolah di sini.

"Projek ini juga menghubungkan kanak-kanak Yogyakarta dengan dunia lebih luas, di luar sekitaran mereka," ujar Cik Tan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg