'Sifat suka perintah' Rosmah pengaruhi pentadbiran lama: Pendakwa
Premium
'Sifat suka perintah' Rosmah pengaruhi pentadbiran lama: Pendakwa
Feb 6, 2020 | 5:30 AM
MULA DIBICARAKAN: Datin Rosmah tiba di mahkamah bagi permulaan perbicaraannya semalam. Ketua pendakwa berkata dia meminta "sumbangan politik" sebanyak 17 peratus nilai kontrak projek hibrid kuasa suria bagi sekolah di Sarawak, berjumlah RM200 juta. - Foto THE STAR -
KUALA LUMPUR: Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi, "sifat suka memerintah" Datin Seri Rosmah Mansor menjamin pengaruhnya dalam pentadbiran terdahulu, kata pihak pendakwa.
Perbicaraan isteri mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu berhubung tuduhan rasuah bermula semalam di Mahkamah Tinggi di sini, dengan pihak pendakwa cuba membuktikan yang Datin Rosmah meminta rasuah RM6.5 juta ($2.17 juta) berkaitan satu projek hibrid kuasa suria di Sarawak daripada Saidi Abang Samsudin, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

