Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI EROPAH

Sijil Covid Digital Kesatuan Eropah dilancar bagi permudah perjalanan penduduk

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



LYON (PERANCIS): Sijil Covid Digital Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa kelmarin, dengan 21 negara EU daripada sejumlah 27 yang sudah berhubung dengan rangkaian sistem tersebut.



Enam lagi negara sudah pun bersedia dari segi teknikal.



Beberapa negara telah pun mula menggunakan sijil kesihatan baru itu seawal Jun.



Menurut Suruhanjaya Eropah, semua negara anggota kini bersedia untuk mengeluarkan dan menerima pas tersebut, kecuali Ireland yang menghadapi kelewatan susuli serangan siber.



Sistem itu akan dilaksana secara berperingkat, dengan negara yang belum bersedia pada 1 Julai diberi tempoh lanjutan hingga 12 Ogos.



Dalam tempoh ini, negara-negara lain harus menerima dokumen nasional dengan syarat mereka mengandungi data yang diperlukan di peringkat Eropah.



Tetapi pelancaran itu berlaku di tengah-tengah keprihatinan tentang varian Delta, yang telah mendorong negara-negara EU untuk menyekat perjalanan dari negara yang mempunyai kadar jangkitan tinggi varian itu, seperti Britain, Portugal dan India.



Industri penerbangan juga telah mengingatkan bahawa negara-negara EU tidak menyelaras pendekatan mereka terhadap pensijilan vaksin, yang berpotensi menyebabkan kelewatan di lapangan terbang dalam musim panas yang sibuk.



Digelar sebagai Sijil Hijau Digital sebelum ini, Sijil Digital Covid EU (EUDCC) bertujuan membolehkan penduduk Eropah melakukan perjalanan dengan mudah antara 27 negara anggota. Ia juga akan disediakan di beberapa negara bukan EU.



Ini mengandungi maklumat mengenai status vaksinasi seseorang, hasil ujian atau status pemulihan daripada Covid-19.



Dikemukakan sebagai kod QR, pelancong boleh memilih untuk membawa sijil digital atau kertas.



EUDCC adalah percuma dan diiktiraf oleh semua 27 negara EU serta Switzerland, Liechtenstein, Iceland dan Norway.



EU sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa negara lain, seperti Britain dan Amerika Syarikat, mengenai pengiktirafan bersama dan operasi dokumen berkaitan Covid.



Pas tersebut boleh digunakan dalam tiga situasi: memberi bukti apakah seseorang telah divaksin terhadap Covid-19, apakah mereka telah menjalani ujian negatif baru-baru ini, atau sama ada mereka dianggap mempunyai imuniti kerana pernah dijangkiti penyakit itu. Bukti ujian PCR positif akan diperlukan.



Negara diwajibkan menerima vaksin yang diluluskan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA): Pfizer/BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.



Mereka juga boleh, walaupun tidak wajib, menerima kemasukan individu yang menerima vaksin yang diluluskan di beberapa negara EU, seperti Sputnik V oleh Russia di Hungary, atau dengan produk yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti Sinopharm dari China.



Dengan adanya sijil itu, individu tidak perlu menjalani ujian tambahan atau kuarantin semasa tiba di negara lain. Bagaimanapun, negara anggota masih boleh mengenakan sekatan sekiranya situasi di negara atau wilayah tertentu semakin buruk.



Dalam kes ini, negara destinasi harus berusaha memberitahu Suruhanjaya dan negara-negara EU lain dalam masa 48 jam sebelum sekatan berkuatkuasa.



Industri penerbangan udara Eropah memberi amaran awal minggu ini bahawa rancangan EU untuk sijil Covid digital masih "berpecah-pecah".



Kumpulan yang mewakili syarikat penerbangan dan lapangan terbang terbesar di rantau itu telah menyatakan kebimbangan baru bahawa pelancong mungkin perlu beratur panjang kecuali negara-negara menyelaraskan pelancaran sijil itu dengan lebih baik. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >