Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Silap manusia' dipercayai punca nahas 2 kereta api bertembung di Greece

Mar 2, 2023 | 4:20 PM
Perlanggaran kereta api berhampiran bandar Larissa, Greece, pada Rabu (1 Mac).
Perlanggaran kereta api berhampiran bandar Larissa, Greece, pada Rabu (1 Mac). - REUTERS

LARISSA (Greece): Satu perlanggaran kereta api penumpang yang mengorbankan 43 nyawa pada Selasa (28 Feb) berkemungkinan disebabkan oleh "kesilapan manusia yang tragik", kata Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis. Ramai daripada mangsa dipercayai pelajar universiti, yang dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas cuti panjang hujung minggu. Pegawai berkata angka kematian dijangka meningkat lagi - selepas suhu dalam satu gerabak yang terbakar meningkat kepada 1,300 darjah Celsius. Setakat ini, pihak berkuasa sudah menahan ketua stesen di perhentian terakhir kereta api itu di bandar Larissa, namun tidak mendedahkan nama atau kenapa dia ditahan. Pada dasarnya, ketua stesen bertanggungjawab menyelia bagi memastikan kereta api berada di landasan yang sepatutnya dan dia dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat. Lelaki berusia 59 tahun itu telah ditahan oleh jabatan polis Larissa sebagai sebahagian daripada siasatan awal dan akan dihadapkan ke pihak pendakwa raya, kata jurucakap polis Greece Constantia Dimoglidou pada Rabu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg